Wednesday, December 05, 2012

Pengalaman bersalin normal



Timeline

3o/11/2012 – Rumah Emak (kampung), 38 minggu 6 hari

Parents anniversary ke 27.. Pagi2 bangun subuh tengok2 ada darah n lendir sikit (bloody show).. Dah tau tak lama ni.. Beritahu emak n siap2 barang ke hospital.. Minum air petua makndak.. Petang start rasa contraction sikit. Last sekali rasa contraction at 11.30 pm, pastu hilang.. Sepanjang hari pun dah takde darah. Braxton hicks contraction. Ala baru ingat nak bagi hadiah anniversary tahun ni seorang cucu :p

01/12/2012 Rumah emak (kampung), 39 minggu

Bangun subuh ada darah lagi. Lebih kurang macam semalam, tapi sepanjang hari ada warna coklat, ,minum air petua makndak lagi, takde sakit apa sampai petang. Disebabkan dah 2 hari turun darah, pi check kat Klinik Husna. Doc suggest pi hospital. 

- Hospital

Kat hospital (5.15pm), terus gi bahagian labour room sebelah bahagian kecemasan untuk screening. Lepas daftar, monitor jantung baby n contraction, scan baby, buat VE (vaginal examination @ seluk)..
result : ada contraction, jantung baby normal, baby expected weight 3.2-3.3kg, dah buka 2-3cm!
terus kena admit wad (5.30pm) sebab doc nak monitor bukaan.. tapikan, saya tak rasa contraction apa-apa pun waktu ni, maybe slow kot.. semalaman dok dalam wad, hubby teman dengan tidur di ruangan menunggu orang ramai kat bawah, hubby standby.. owh malam ni la bola Piala Suzuki AFF, Malaysia lawan Indonesia, sempat tengok jap kat depan bilik ketua jururawat, hehe, tapi jap je coz nurse cari doc tengah round wad :p

02/12/2012 – Hospital, 39 minggu 1 hari

4.30am ~ start rasa contraction.. 
6.00am ~ ada bloody show buat hari ketiga, banyak sikit dari biasa.. doc pakar suggest suruh banyak berjalan untuk cepatkan bukaan.. memang seharian dok round dalam wad..
11.30am ~ contraction makin kuat and kerap.. dok timing dah selang 5 min.. bagitau nurse, nurse just check timing je, dia kata if sakit sangat2 tak tahan baru bagitau lain..

12.30pm ~ waktu melawat, hubby and emak datang, bagitau kata dah selang 5 min and sakit dah tangkap sampai tepi pinggang, waktu mai contraction tu, memang pernafasan pun dah tak teratur.. emak bagitau nurse, saya di VE oleh doc,
“dah buka banyak ni, 4-5cm dah.. ok lepas ni pi labour room”.
Sepanjang proses and tunggu nak amik turn masuk labour room tu, dah susah nak senyum2..

3.00pm ~ ditolak masuk ke labour room.. ooh macam ni rupanya keadaan dalam labour room, takde la seram sangat pun.. orang cakap boleh dengar orang2 lain menjerit sakit tapi masa tu tak dengar dah sebab kita sendiri dok tahan sakit..  seorang doc datang cakap nak pecah air ketuban, nak cepatkan proses kelahiran.. pastu dia cakap
“eh mana ada 4-5 cm, dah 7-8cm dah ni.. Saya tolong buatkan jalan ye”
Pastu nurse pelatih datang pasang mesin check jantung baby and check contraction, hubby dipanggil masuk time ni.. sampai cramp kaki saya menahan contraction, dengan bilik sejuk lagi, nurse pelatih tu tolong urut2 kaki, dia cakap contraction kakak memang kuat.. rasa macam nak buang air besar sangat2 tapi tak boleh sebab belum buka 10cm lagi kan.. ada nurse baju biru (bidan) datang and check, cakap ok kalau rasa macam nak membuang, teran je.. eh saya tanya la "dah cukup 10cm ke", dia cakap ya.. Alhamdulillah cepatnya buka.. 

Bidan tu suruh saya dok megiring ke kiri.. bila rasa contraction saya teran.. ada gas dibekalkan untuk kurangkan rasa sakit.. bila dah nampak rambut baby, bidan tu ajak hubby tengok, berani kan my hubby, hehe.. tarus kembali ke posisi sepatutnya, pacak kaki, tangan pegang kaki, teran sepenuh hati, macam teran sembelit.. secara tiba2 ramai plak nurse dalam bilik tu.. bila tengok saya macam tak berapa progress, diorang drip masukkan NaCl n Dextrose, doc cakap untuk booster.. n Alhamdulillah tak lama lepas tu baby pun berjaya keluar at 4.40pm, kena gunting sikit perineum.. berat 3.41kg, lebih sikit dari expected.. bila tengok baby yang besar n bulat, rasa macam tak percaya, patut la susah nak meneran, besar rupanya anak ibu.. ^^

Frequent Asked Questions (FAQ)

1. Kena seluk (VE) sakit tak?
sebelum ni memang dok baca dari pengalaman orang lain sakit sangat2, tapi saya rasa depends.. kalau memang jarang 'usik' sebelum ni or tak buka apa2 lg maybe sakit kot.. tapi bagi saya boleh tahan lagi la, just terkejut sikit.. doc pesan : relax je..

2. Doc pecah air ketuban
masa ni agak terkejut n sakit sikit, perut dirodok2.. :p

3. Kena gunting perineum
masa kena gunting tu tak rasa apa dah, nak baby selamat keluar ja..

4. Jahit perineum
kena cucuk bius merata (maybe depends hospital), masa kena cucuk tu pun tak rasa apa dah maybe sebab baby baru lepas kuar.. jahit tu rasa kebas, tapi lapisan paling luar tu rasa sakit sikit je, baca doa banyak2..

Summary
1. 'Bloody show' saya start jadi 2 hari sebelum proses kelahiran
2. Daripada first rasa contraction sampai baby selamat dilahirkan saya ambil masa 12 jam.. ramai cakap anak 1st memang ambil masa sikit.
3. Banyak berjalan boleh cepatkan bukaan, lagupun saya tak boleh baring or duduk lama2 nanti sakit pinggang
4. Betul cakap orang, bila tengok ja baby keluar, rasa sakit contraction berjam2 tu terus lupa n hilang sekelip mata :)
5. Bersalin di hospital kerajaan okay aje, saya puji kaki tangan HSAH SP sebab semuanya very helpful, dalam labour room pun diorang very flexible, takde marah2.. Alhamdulillah..

Semua orang pengalaman lain2, banyakkan berdoa semoga semua sihat, selamat, cepat, mudah, kurang sakit.. Paling penting, always think n be positive.. Good Luck! Untuk petua yang saya amalkan masa dekat2 nak bersalin, boleh check kat 'popular posts' di sidebar blog.


## Anda suka dengan entry ini? Jemput LIKE page Kumpulan Ibu-Ibu Menyusu Muslim on facebook, many infos on breastfeed dan khafiatnya dalam Islam. Sharing is caring~


Source of pic : Google Images


4 comments:

juicy X said...

tahniah aniiiiiiiiii!!! wuuuu terujanya!

purpleyellow said...

wahhhh...congrate wani..thx share ur experience...mcm mudah je...alhamdullilah semua selamat ye....hambo jerrr duk cuak lagi ni.setiap owg pglmn lain2 kn...huhu...doakn sy jgk ye...

Z@i Z@mR33 said...

tahniah...mcm sng je kan bl baca...dgr dr org kwn2 rs cam seram ckit

Puan LiYzA ^^, said...

Bru je bleh nk online n msuk blog..tahniah eh~alhamdulillah normal kn..xlma eh wani dlm labour room..