Sunday, December 23, 2012

Persiapan beg hospital bagi ibu hamil





Assalamua'laikum n gd evening.. 


Alhamdulillah hari ni dah hari ke-22 berpantang, 22 hari lagi to go! hehe.. 
today nak share pasal barang persiapan yang perlu dibawa ke hospital untuk kes melahirkan anak (hospital government especially)..

Barang yang diperlukan ibu

1. Buku laporan kesihatan ibu mengandung (buku merah)
Buku ni memang wajib dibawa ke mana saja sejak mula2 mengandung, sangat penting so that hospital boleh trace perkembangan kita sepanjang pregnancy..

2. Baju ketika balik dari hospital
Baju tshirt lengan panjang + kain batik. done! tak perlu bawa banyak baju sebab once masuk wad ibu kena pakai uniform hospital tu, ok..

3. Sandal
Kasut yang dipakai dari rumah.. Kalau takut tak selesa kasut basah lepas mandi, bawa extra selipar khas untuk pergi bilik air..

4. Stokin
sepasang cukup, sebab lepas bersalin tu dah nak balik dah, tak lama dok dalam hospital..

5. Pakaian dalam

6. Tuala wanita
Akan dibawa masuk ke dalam labour room and nurse akan pakaikan lepas habis bersalin.. selalu orang beli yang kotex maternity pad, yang ikat guna tali tu.. n better kalau belajar macamana nak ikat..

7. Toiletries
sikat, bedak, deodoran, tuala mandi, berus gigi, ubat gigi

8. Syampu, sabun
Bawa travel size, kalau jenis liquid lagi senang..

9. Ubat
Minyak angin

10. Makanan
Biskut, milo 3 in 1

11. Bekas simpan air panas
Senang nak buat air milo dll if dahaga..

12. Keperluan untuk makan
Mug, pinggan, sudu, garfu

13. Handphone
Please note that certain hospital kerajaan,, kita tak boleh charge hp.. n masa nak masuk labour room, semua barang kita kena tinggal, so better guna hp murah yang bateri tahan lama 2,3 hari.. tak sure pulak boleh tinggalkan dekat nurse atau tak.. untuk keselamatan, tak perlu bawa hp mahal2.. Sebab tu bila orang suggest untuk bawa kamera, saya rasa tak perlu, our visitor boleh tolong tangkap gambar kita nanti..

14. Keperluan solat
Kain telekung, sejadah, buku surah2 pilihan.. mengisi masa sementara tunggu waktu bersalin..

Barang yang diperlukan baby

1. Diapers
Diapers, baby wipes.. 

2. Baju
Baju tangan pendek untuk siang, baju tangan panjang untuk malam.. beli baju yang berbutang depan, senang nak sarung.. 2 atau 3 pasang, depends berapa lama baby stay di hospital..

3. Selimut
untuk bedung baby.. 

4. Sarung tangan & kaki
siang sepasang, malam sepasang.. depends on berapa lama baby stay di hospital..

5. Keperluan mandi
Tuala baby, minyak telon.. Nurse tolong mandikan baby pagi-pagi, so tak perlu syampu, bedak dll, lagipun kulit newborn sensitif..

6. Buah kurma, Air Zam-zam 
Untuk tahnik baby..

Source of pic : Google Images

No comments: