Monday, May 20, 2013

First mother's day

Assalamua'laikum and gd evening.

Alhamdulillah tahun ni first time sambut mother’s day. Orang pertama yang wish, believe it or not, is my grandma. Hari tu balik SP, singgah rumah tok, tok wish Happy Mother’s Day. Tok sangat sweet kan, and very thoughtful too, I love tok. 

5 bulan jadi ibu ni macam-macam pengalaman. Seronok sangat tengok perkembangan anak, setiap perkembangan baru ibu n ayah dia la paling excited, hehe. Anak dah semakin besar, dah semakin kurang menangis n berjaga malam. My baby is slowly turning into a boy now, muka pun dah semakin berubah ‘boyish’. Tengah belajar untuk berubah layanan, sebelum ni mandi dalam besen, sekarang mandi dalam sink, anak ibu dah besar kan, hehe. 5 bulan, dah pandai meniarap n bergolek merata. Jadi suri rumah berijazah (jangan pandang rendah ok!) n membesarkan anak sendiri ni memang heaven, plus menyusu susu ibu secara eksklusif, nampak tak betapa ibu nak yang terbaik untuk anak. Sekarang tengah study pasal solid food sebab next month dah boleh introduce untuk anak, I AM SO EXCITED! 


Tapi baru-baru ni ada terbaca 1 blog, seorang mommy ni kehilangan baby dia berusia setahun lebih sebab sejenis penyakit, very touching story. Memang menitis tak berhenti-henti air mata ni. Memang benar, anak ni hanya pinjaman Allah, bila-bila masa Allah boleh ambil balik dari kita. Tapi anak jugak kurniaan paling indah dalam hidup ni. Betapa besarnya dugaan Allah untuk ibu tersebut. Teringin nak baca? Boleh baca kat SINI.

Jemput LIKE page Kumpulan Ibu-Ibu Menyusu Muslim

Source of pic : Google
 

1 comment:

MR & MRS MAKMUM said...

best nya ada baby